suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Warga emas maut disondol lembu

Varo dilihat berada di dalam sebuah kandang bersama dengan lembu jantan tersebut.

SEORANG pesara maut disondol lembu jantan selepas menyaksikan pesta larian lembu di selatan Sepanyol.

Lelaki berusia 74 tahun itu diserang seekor lembu jantan dikenali sebagai 'Campanito' semasa pesta tradisi di Toro Embolado.

Mangsa dikenali sebagai Juan Jose Varo berada dalam sebuah kandang bersama dengan lembu jantan itu dan cuba memanjat pagar besi untuk menyelamatkan diri.

Namun haiwan itu bertukar ganas dan menyondol mangsa.

Usaha untuk menenangkan lembu itu tidak berjaya dan dia terus menyerang Varo sebanyak dua kali.

Varo dikejarkan ke hospital akibat kecederaan parah di paru-paru manakala beberapa tulang rusuknya turut patah.

Dia kemudian disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya itu.

Insiden itu berlaku pada Ahad lalu di bandar Vejer yang terletak di Andalucia.

Penonton berkumpul untuk acara tahunan itu yang sering diraikan di bandar tersebut sejak 1976. - Metro.co.uk

lembu jantan, sondol, Sepanyol

Artikel Lain