Model kadbod apartment dibakar, jadi bahan ejekan tragedi Menara Grenfell - Dunia | mStar

Model kadbod apartment dibakar, jadi bahan ejekan tragedi Menara Grenfell

Model kadbod menyerupai insiden kebakaran Menara Grenfell disifatkan tidak sensitif. Foto SWNS

SEORANG lelaki didakwa berhubung video membakar model kadbod menyerupai Menara Grenfell.

Menara Grenfell merupakan apartment setinggi 24 tingkat di tengah London, United Kingdom pada 2017 terbakar, mengakibatkan banyak nyawa terkorban.

Paul Bussetti, 46, didakwa dengan dua pertuduhan kerana menghantar/mengakibatkan penghantaran bahan yang menyinggu menerusi rangkaian komunikasi awam.

Scotland Yard dalam satu kenyataan memberitahu, dia bakal dihadapkan ke mahkamah pada 30 April ini.

Menerusi video yang dikongsikan di media sosial pada November 2018, menunjukkan model kadbod bangunan itu dibakar, di sebuah parti di London.

Dalam video tersebut, kedengaran suara orang ketawa semasa model itu dibakar dan dengan nada mengejek menjerit 'berada di dalam apartment anda', merujuk kepada nasihat buat keluarga yang tinggal di apartment di London.

Rakaman itu turut menunjukkan seorang lelaki menggoyangkan cebisan kertas menyerupai manusia yang diletakkan di tingkap. - Mirror UK


Menara Grenfell

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sufi selamat bergelar suami Nurulain

Timbalan menteri di JPM meninggal dunia