Lebih 1,000 lampu jalan sepanjang 3km, tapi perlu berhati-hati elak kemalangan - Dunia | mStar

Lebih 1,000 lampu jalan sepanjang 3km, tapi perlu berhati-hati elak kemalangan

Lebih 1,000 lampu jalan dipasang di jalan sempit sepanjang 3 kilometer di kampung Taojia di China. Foto HSW.CN

JALAN sempit sepanjang 3 kilometer di kampung Taojia di wilayah Shaanxi, China diberi jolokan sebagai jalan paling terang di dunia.

Manakan tidak, lebih 1,000 lampu jalan didirikan di kiri dan kanan jalan di kampung itu.

Kebiasaannya, lampu jalan dipasang pada jarak antara 30 dan 50 meter antara satu sama lain, tetapi ia dibuat paling dekat tiga meter di Taojia di kiri kanan jalan yang sempit.

Bagaimanapun, ia bukan menjadikan pergerakan mereka lebih mudah pada waktu malam, tetapi jumlah lampu jalan yang banyak itu membuatkan mereka perlu lebih berhati-hati agar tidak melanggar antara satu sama lain.

Keadaan trafik di jalan sempit tersebut tidak begitu sesak seperti di bandar-bandar.

Mereka yang melalui jalan ini perlu lebih berhati-hati. Foto HSW.CN

Malah, sekumpulan pemberita berkunjung ke kampung itu mendapati tiada kereta yang melalui jalan terkenal itu selama beberapa jam.

Menurut laporan media China, lampu jalan yang banyak dipasang dekat ladang dan kebun anggur dan pada 2016, tanah itu diminta oleh kerajaan tempatan.

Dalam kes sedemikian, harta rakyat akan dirobohkan dan menerima pampasan daripada kerjaaan negeri.

Oleh itu, mereka mula mengumpul wang untuk memasang lampu jalan supaya boleh menuntut pampasan yang lebih tinggi.

Malangnya, pihak berkuasa mengeluarkan kenyataan bahawa lampu-lampu jalan itu tidak termasuk dalam rancangan pampasan. - odditycentral


Taojia , lampu jalan

Artikel Berkaitan

Artikel Lain