Polis tersentuh, budak 12 tahun buat kerja sekolah di bawah lampu jalan sebab keluarga tak mampu guna elektrik - Dunia | mStar

Polis tersentuh, budak 12 tahun buat kerja sekolah di bawah lampu jalan sebab keluarga tak mampu guna elektrik

Menerusi rakaman CCTV, polis mengesan seorang budak lelaki sedang menyiapkan kerja sekolahnya di bawah lampu jalan. Foto Municipalidad Distrital de Moche

SATU rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan seorang budak lelaki berusia 12 tahun dari bandar Moche di Peru, membuat kerja sekolah di bawah lampu jalan.

Pegawai di jabatan polis Moche mengesan Víctor Martín Angulo Córdoba, semasa membuat pemeriksaan pada kamera keselamatan pada bulan lalu.

Tindakannya duduk bersendirian di tepi jalan pada waktu malam mencurigakan.

Namun, selepas dilihat secara dekat mereka mendapati kanak-kanak itu sebenarnya sedang membaca dan menulis sesuatu pada buku notanya, diterangi lampu jalan.

Tersentuh dengan sikap budak itu, jabatan polis berkongsi rakaman CCTV di laman sosial rasmi mereka sebelum ia menjadi tular.

Berbekalkan cahaya lampu jalan, Victor tekun menyiapkan kerja sekolah di tepi jalan. Foto Municipalidad Distrital de Moche

Budak itu hidup dalam keluarga miskin yang selama ini hanya bergantung kepada sebatang lilin di rumah pada waktu malam.

Malangnya, Victor sukar untuk menghabiskan kerja sekolahnya menjelang malam dan dia sukar melakukannya dengan hanya cahaya sebatang lilin.

"Satu hari anak lelaki saya kata jika dia terus buat kerja sekolah dengan lilin tu, dia boleh tertekan. Lebih baik dia buat kerja sekolah di luar," kata Rosa Angulo Córdoba mengenai anaknya Victor kepada Panamericana TV.

Dia menambah, anaknya sering mengalami sakit leher kerana sering mendekatkan kepalanya pada lilin untuk membuat kerja sekolah.

Susulan kisah Victor mendapat perhatian media, datuk bandar Moche melawat budak itu di rumahnya sambil memuji kesungguhannya dan berjanji untuk menanggung sendiri kos kemudahan elektrik untuk keluarga budak itu, supaya dia tidak lagi ke luar rumah setiap malam. - odditycentral

elektrik

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain