suria

Balik dari kubur, gadis kesakitan empat lebah ‘bersarang’ dalam mata

Empat ekor lebah dikesan pada mata seorang gadis.

SEORANG gadis dari Taiwan dikejutkan dengan penemuan empat ekor lebah hidup bersarang dalam matanya, dan menghisap air matanya.

Pesakit yang dikenali sebagai He itu dilaporkan sedang membersihkan kubur saudaranya dengan mencabut rumput.

Angin kencang ketika itu sehingga dia merasakan seperti pasir dan habuk memasuki matanya.

Dia mencuci matanya menggunakan air, tetapi selepas beberapa jam dia mula berasa sakit teramat sangat pada mata kirinya dan mengalirkan air mata.

Gadis berusia 20 tahun itu kemudian di bawa ke Hospital Universiti Fooyin di Pingtung, selatan Taiwan di mana pakar oftalmologi terkejut menemui empat ekor lebah hidup bersarang dalam matanya.

Dia mengalami bengkak pada kelopak mata dan dijangkiti selulitis dan keratitis, iaitu jangkitan kulit dan keradangan kornea.

Ia susulan serangga itu bersarang dalam matanya selama beberapa jam.

He menerima rawatan untuk mengeluarkan lebah dan jangkitannya, sebelum dibenarkan keluar hospital untuk sembuh sepenuhnya. - odditycentral


lebah, mata

Artikel Lain