suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Finland di tangga pertama senarai negara paling gembira di dunia

Daripada 10 negara paling gembira dalam senarai itu, lapan daripadanya terletak di benua Eropah.

SIAPA dalam dunia ini yang mahu hidup dalam keadaan sedih, duka dan lara?

Semua mahu gembira, namun bagaimana kita mahu mencapai perasaan itu seandainya negara sendiri sedang bergolak dan tidak aman?

Mungkin juga anda patut berpindah ke beberapa negara ini jika mahukan kehidupan yang lebih bahagia.

Baru-baru ini, sebuah institut kajian dari Copenhagen mengeluarkan senarai negara paling gembira untuk didiami pada 2019.

Dalam senarai itu, Finland berada di tempat pertama diikuti negara Denmark.

Kedudukan ketiga dan keempat pula dirangkul oleh Norway dan Iceland diikuti Netherlands di tangga kelima.

Lapan daripada 10 negara tersebut berada di Eropah yang mana hanya Kanada dan New Zealand terletak di luar benua itu.

Switzerland, Sweden dan Austria turut tersenarai dalam senarai tersebut.

United Kingdom (UK) berada di tangga ke-15 manakala Amerika Syarikat (AS) berada di tangga ke-19.

Senarai itu dibuat berdasarkan beberapa faktor termasuklah jangkaan hidup, sokongan sosial dan senario politik.

Dalam pada itu, Sudan, Afrika dan Afghanistan pula merupakan antara negara yang berada di kedudukan terakhir dalam senarai tersebut. - Daily Star.

Negara Paling Gembira, Finland

Artikel Lain