suria

Hawaii pertimbang kuatkuasakan had usia beli rokok kepada 100 tahun

Gambar hiasan

HAWAII sedang mempertimbangkan untuk menaikkan had usia minimum untuk membeli rokok kepada 100 tahun.

Undang-undang yang dicadangkan itu akan berkuatkuasa pada 2024.

Hawaii sudah mempunyai beberapa undang-undang yang paling sukar dalam jualan rokok, tetapi ahli politik Demokrat Richard Creagan yang merupakan seorang doktor, percaya lebih banyak perlu dilakukan untuk melarang 'artifak yang boleh membunuh dalam sejarah manusia' itu dijual.

Beliau memberitahu akhbar Hawaii Tribune-Herald: "Pada dasarnya, kita mempunyai kumpulan yang sangat ketagih, menjadi hamba kepada rokok dan ia boleh membawa maut."

Di bawah undang-undang semasa, orang di Hawaii mesti berusia 21 tahun ke atas untuk membeli rokok.

Creagan mencadangkan agar had umur membeli rokok dinaikkan kepada 30 pada tahun depan, 40 pada tahun 2021, 50 pada 2022 dan 60 pada tahun 2023.

Menjelang 2024, umur minimum akan menjadi 100 tahun. - Sky News

had usia, larangan rokok

Artikel Lain