Universiti gantung dua lelaki berbual dalam mesej mahu rogol pelajar lain - Dunia | mStar

Universiti gantung dua lelaki berbual dalam mesej mahu rogol pelajar lain

DUA pelajar universiti yang membuat ugutan untuk merogol pelajar lain tidak akan kembali ke kampus September ini.

Naib Canselor Univercity Warwick Stuart Croft mengesahkan dua pelajar lelaki terbabit tidak akan kembali ke kampus selama setahun.

Pada mulanya dua pelajar itu digantung daripada memasuki kampus selama 10 tahun berikut insiden itu, namun dikurangkan kepada setahun selepas membuat rayuan.

Perbualan dua pelajar lelaki yang mahu merogol pelajar lain.

"Kami amat komited dalam memastikan keselamatan dalam komuniti. Saya telah bercakap dengan dua orang lelaki muda dan mengambil perhatian serta sahkan kedua-duanya akan kembali ke universiti.

"Saya mengambil kira semua pandangan pelajar, staf dan komuniti di Warwick dan menyokong pendapat mereka supaya kami boleh belajar daripada pengalaman ini."

Salah seorang pelajar wanita yang disasarkan dalam perbualan itu berkata, dia sangat terkesan apabila mengetahui dua lelaki itu akan kembali kampus.

Apabila keputusan itu tersebar, ramai pelajar memberi reaksi kecewa di Twitter dengan tanda pagar #ShameOnYouWarwick.

Kedua-dua pelajar lelaki itu berbual dalam 'chat group' berkaitan dengan mahu rogol wanita. -Dailymail.co.uk

Pelajar , ugut rogol , universiti

Artikel Sebelum

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain