WhatsApp rancang ciri pembayaran, lebih mudah 'buat duit' - Dunia | mStar

WhatsApp rancang ciri pembayaran, lebih mudah 'buat duit'

-foto Getty

MESEJ WhatsApp anda tidak lama lagi mungkin akan menjadi satu platform berkaitan wang yang bermanfaat.

Aplikasi penghantaran mesej ini merancang untuk melancarkan ciri pembayaran yang bermaksud anda dapat memindahkan wang dengan cepat dan mudah.

Satu ujian pembayaran sedang dijalankan di India, yang mana pengguna boleh menyambungkan WhatsApp ke akaun bank masing-masing untuk membuat pembayaran tanpa mendedahkan butiran bank mereka.

Laman web WABetaInfo berkata petunjuk dalam versi terbaharu pembayaran perisian WhatsApp yang dicadangkan akan tiba di Amerika Syarikat, sekali gus menandakan pelancaran secara global akan berlaku tidak lama lagi.

Mark Zuckerberg juga mengesahkan rancangannya dalam posting di laman Facebooknya.

"Kami akan melancarkan pembayaran melalui WhatsApp di lebih banyak negara," tulisnya.

Ciri ini jelas berguna bagi sesiapa sahaja yang menjalankan perniagaan, tetapi mungkin sangat berguna untuk pengedar dadah atau pekerja seks serta sesiapa saja yang suka menerima pembayaran secara tidak ketara.

Minggu lalu, kecoh mengenai mesej WhatsApp lama yang mungkin menjadi 'rahsia' yang telah dipadam boleh dilihat semula.

WhatsApp mempunyai ciri kemas yang membolehkan anda menghapuskan mesej lama yang dipanggil 'padam untuk semua orang'.

Selain menghilangkan teks yang menyinggung pada peranti anda, ia juga membuangnya dari telefon penerima yang turut memberitahu mereka 'mesej ini telah dipadamkan'. -MetroUK

WhatsApp , ciri , baharu , pembayaran

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain