suria

Bayi ditemui menggigil di taman dengan suhu 1 darjah celcius, polis mohon ibu serah diri

SEDIH dan kesian, begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib seorang bayi yang dibuang di Newham, London.

Lebih teruk, dia dibiarkan menggigil kesejukan dalam cuaca serendah 1 darjah celcius.

Sejurus ditemui, bayi itu dibawa ke hospital oleh Polis Metropolitan.

Dalam pada itu, pihak polis yang bimbang dengan keselamatan ibu bayi itu turut merayu agar dia tampil kepada pihak berkuasa.

"Saya merayu agar kamu hubungi polis, hospital atau sesiapa. Penting untuk kami tahu yang kamu selamat.

"Saya juga berharap sesiapa yang ada maklumat supaya membantu menemukan semula bayi ini dengan emaknya," ujar Inspektor Shane Clarke.

Ujarnya, pihak polis menerima laporan mengenai bayi yang ditemui di kawasan taman berdekatan Jalan Roman dan Saxon, sekitar 10.15 malam. - Mirror.UK.

Buang Bayi

Artikel Lain