suria

Lelaki simbah anak dengan asid demi burukkan nama isteri, mahu menangi hak penjagaan

SATU video yang memaparkan kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun disimbah asid dipaparkan sewaktu perbicaraan mahkamah.

Dalam video berkenaan, dia dilihat menahan kesakitan apabila disimbah dengan cecair berbahaya itu.

Kanak-kanak itu mengalami kecederaan melecur teruk di bahagian wajah dan lengannya.

Bapanya yang berusia 40-an kini didakwa pihak berkuasa dan dikaitkan sebagai dalang utama kejadian itu.

Ia berlaku di sebuah kedai di Worcester pada 21 Julai 2016.

Bapanya dikatakan sedang terlibat dalam perbiacaraan hak penjagaan pada waktu itu.

Dia didakwa mencederakan kanak-kanak itu agar bekas isterinya dilihat tidak bertanggungjawab sebagai ibu sekaligus membolehkan dia menang hak penjagaan anak.

Sewaktu video itu dimainkan semula di mahkamah, lelaki itu memegang tisu sambil mengesat wajahnya.

Bagaimanapun, dia dan beberapa lagi individu yang didakwa menafikan pertuduhan itu. - Mirror.UK.

Simbah Asid, Mahkamah

Artikel Lain