suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 pelancong cemas roller coaster dinaiki tiba-tiba rosak

SEKUMPULAN pelancong berhadapan detik cemas apabila roller coaster yang dinaiki mereka rosak secara tiba-tiba.

Menerusi kejadian di LIHPAO Discovery Land, Taiwan itu, 20 pengunjung menaiki roller coaster yang digelar sebagai Gravity Max.

Ia bagaimanapun terhenti menyebabkan kesemua mangsa dibiarkan tergantung dengan wajah menghadap ke bawah.

Kesemua penumpang berjaya dibawa turun dengan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Dalam pada itu, pengarah taman tema berkenaa, Wang Yun-hao turut mengeluarkan kenyataan berhubung insiden itu.

Pihaknya turut mengakui kesilapan teknikal yang menjadi punca kejadian berkenaan.

Malah, pasukan jurutera turut dihantar untuk memeriksa kesilapan itu sebelum ia dibuka semula kepada orang ramai, 20 minit selepas kejadian.

Yun-hao turut menegaskan bahawa ia 100 peratus selamat dan mereka sentiasa mengutamakan keselamatan pengunjung. - Mirror.

 

Artikel Lain