suria

6 penduduk kampung cedera diserang harimau bintang

SEBUAH kampung di India gempar apabila penduduknya diserang seekor harimau bintang.

Menerusi video yang tular itu, haiwan berkenaan dilihat menerkam penduduk kampung sewaktu ia cuba diusir semula ke kawasan hutan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu, anak gajah masuk kebun teruk diserang penduduk kampung

Serangan itu menyebabkan enam individu mengalami kecederaan.

Seorang penjaga hutan turut diserang dalam insiden itu, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Kehadiran pihak berkuasa yang cuba memberi ubat pelali kepada haiwan itu menyebabkan ia menjadi agresif dan menyerang beberapa individu di situ.

Orang ramai menyaksikan operasi menangkap haiwan itu.

Sewaktu kejadian, hampir 100 individu berada di situ untuk menyaksikannya.

Pihak berkuasa membuat dua kali percubaan untuk menangkapnya namun gagal.

Di negara itu misalnya, sering dilaporkan pertembungan antara haiwan liar dengan manusia.

Baru-baru ini, seekor gajah diserang oleh penduduk kampung dengan bebola api.

Foto ibu dan anak gajah yang diusir dengan cara kasar itu menerima perhatian ramai yang mempertikaikan perbuatan mereka. - Mirror.

 

Harimau Bintang, India

Artikel Lain