Helah juru landskap terbongkar, pura-pura tanam bangkai kucing tapi sebenarnya mayat anak - Dunia | mStar

Helah juru landskap terbongkar, pura-pura tanam bangkai kucing tapi sebenarnya mayat anak

Lokasi mayat Anastazia ditemui.

SEORANG lelaki didakwa menanam mayat anak perempuannya berusia setahun di belakang rumah salah seorang pelanggannya dengan memberitahu ia adalah bangkai kucing peliharaannya.

Thurman Dunn berkata juru landskapnya, David Zuber, 26, bertanya sama ada dia boleh menanam bangkai kucing peliharaannya di belakang rumahnya bulan lalu.

Dunn sedang bercuti semasa insiden itu dan berkata ia bukan sesuatu yang pelik untuk bertanya mengenai perkara itu kerana mereka sering menjadikan bahagian belakang rumah mereka sebagai 'kubur haiwan'.

"Pada dasarnya, di sinilah kami menanam bangkai anjing yang telah mati," kata Dunn.

Bagaimanapun Dunn berkata dia mengesyaki ada sesuatu tidak kena apabila Zuber berkelakuan agak mencurigakan.

"Dia menarik rumput, memanjat halaman dan menjaga semak dan segalanya tetapi dia berkelakuan agak pelik baru-baru ini. Kami menyedarinya sebelum cuti Krismas," kata Dunn.

Kemudian awal bulan ini, penyiasat mengetuk pintu rumah Dunn.

Anastazia Romero bersama ibunya.

"Pasukan penyiasat menggali tapak.... semua ada di sini," katanya.

Pasukan menggali menemui mayat anak perempuan Zuber, Anastazia Romero, setahun, yang ditanam bapanya di belakang rumah Dunn.

"Mayat Anastazia ditanam dibawah bangkai seekor anjing yang sudah reput. Mayatnya diletakkan di dalam dua lapisan plastik putih yang disimpan di dalam beg berwarna hitam," kata Dunn.

Dunn berkata dia amat terkejut dan tidak menjangka Zuber tergamak berbuat demikian.

"Sejujurnya, ia amat mengejutkan. Setiap kali saya melihat ini, saya tertanya-tanya mengapa," kata Dunn.

Polis mula mencari Anastazia apabila salah seorang ahli keluarga Zuber mendedahkan bayi itu lemas.

Menurut polis, ibu bayi malang itu, Monique Romero meninggalkan anaknya di dalam tab mandi berseorangan dan apabila kembali dia mendapati Anastazia sudah tidak memberi sebarang tindak balas.

Dia tidak membawa kanak-kanak itu ke hospital dengan segera, sebaliknya dia meminta Zuber untuk menanam mayat anak mereka.

Zuber dan kekasihnya, Romero ditahan awal bulan ini dan didakwa melakukan penderaan kanak-kanak sehingga membawa kepada kematian. - Metro.co.uk

dera , kucing

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain