suria

Hanya beberapa jam jumpa pertama kali di lapangan terbang, pasangan ini ke Las Vegas untuk berkahwin

Sarah dan Paul disatukan di Las Vegas, hanya beberapa jam selepas bertemu buat pertama kali. Foto SWNS.com

HANYA beberapa jam bertemu buat pertama kali di sebuah lapangan terbang di United Kingdom (UK), dua individu yang tidak mengenali antara satu sama pada mulanya, mengambil keputusan untuk berkahwin di Las Vegas, Amerika Syarikat (AS), pada Hari Krismas.

Sarah Edwards, 34, dan Paul Edwards, 36, mengenali menerusi satu aplikasi mudah alih, dan beberapa hari kemudian mereka mendapat idea 'gila' untuk berkahwin.

Sarah berkata, dia dan Paul sudah seperti sahabat baik dan mereka telah berbincang untuk mempunyai anak, meskipun hanya mengenali antara satu sama lain kurang dua minggu.

Bagaimanapun, dia tidak mengetahui apakah reaksi keluarga mereka kerana masih belum memberitahu mengenai perkahwinan tersebut.

Menurut Sarah, ramai rakannya meminggirkannya tetapi dia tidak mempedulikannya dan yakin perkahwinan itu berjalan dengan baik.

Sarah dan Paul bertemu secara dalam talian pada 15 Disember lalu, dan berbalas mesej buat pertama kali, 22 Disember lalu.

Pasangan itu berbual sekali lagi pada 23 Disember dan memutuskan untuk berkahwin meskipun tidak pernah bersemuka.

Namun kedua-duanya meneruskan rancangan dan menempah lokasi majlis perkahwinan di Hotel dan Kasino Bellagio.

Mereka bertemu buat pertama kali di Lapangan Terbang Gatwick di London pada malam sebelum Hari Krismas, bagi menaiki penerbangan ke Las Vegas untuk berkahwin. - Mirror Online


Artikel Lain