suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shah Rukh Khan punya pasal, tiga anak muda Nigeria nyanyi lagu Kal Ho Naa Ho

(Gambar kiri) Tiga anak warga Nigeria menyanyikan lagu yang dipopularkan oleh Shah Rukh Khan (kanan). Foto firstnews.tv

NEW DELHI: Peminat bintang Bollywood, Shah Rukh Khan begitu ramai dan meluas.

Filem-filem lakonan beliau bukan sahaja disukai penonton berbangsa India, bahkan serata dunia.

Lagu-lagu Bollywood juga tidak terhad kepada orang India semata-mata.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter, menunjukkan tiga anak muda warga Nigeria menyanyikan lagu bertajuk Kal Ho Naa Ho.

Video tersebut dimuat naik oleh Ali Gul Khan, dengan durasi 58 saat memaparkan mereka menyanyikan lagu tersebut.

Malah, salah seorang daripada mereka menyanyikannya mengikut rentak rap semasa pertengahan lagu. 

Lagu tersebut dinyanyikan oleh Sonu Nigam dan dicipta oleh Shankar–Ehsaan–Loy.

Menerusi video yang tular ini, Shah Rukh Khan pastinya berasa kagum dengan persembahan tiga anak muda terbabit. – The Statesman/Asia News Network

Shah Rukh Khan, Kal Ho Naa Ho

Artikel Lain