suria

'Santa Claus' pasar raya ditahan selepas mayat dua anaknya ditemui ditanam di belakang rumah

Elwyn Crocker Sr. didakwa melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak dan menyembunyikan kematian. -foto Pejabat Sheriff Effingham County

POLIS di tenggara Georgia sedang menentukan bagaimana dua kanak-kanak hilang selama dua tahun tanpa sesiapa melaporkannya kepada polis.

Ia berikutan penemuan mayat budak lelaki berusia dan adik perempuannya, 14, di belakang rumah bapa mereka.

Pejabat Sheriff Effingham County bertindak balas terhadap pemeriksaan kebajikan Mary Crocker pada 19 Disember, apabila penyiasat menemui mayatnya dan abangnya, Elwyn Crocker Jr. di sebuah rumah di Guyton, Georgia.

Polis berkata walaupun Mary tidak dilihat dalam tempoh beberapa minggu dan abangnya, Elwyn, tidak dilihat sejak November 2016, tiada laporan kehilangan kanak-kanak dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Laporan bedah siasat mengesahkan bahawa Elywn yang sepatutnya berusia 16 tahun sekarang telah ditanam selama sekurang-kurangnya dua tahun, sementara Mary telah ditanam selama beberapa bulan.

Polis menahan bapa, ibu tiri dan nenek tiri mereka serta teman lelakinya. Kesemua mereka dituduh menyembunyikan kematian dan melakukan kekejaman terhadap kanak-kanak.

Bapa mereka, Elwyn Crocker Sr, 49, bertugas memakai pakaian Santa di Walmart di kawasan tempat tinggalnya, menurut Pejabat Sheriff, memetik Atlanta Journal-Constitution.

Sepanjang siasatan, penyiasat menemui seorang kanak-kanak dengan keperluan khas di rumah itu. Kanak-kanak itu dibawa ke hospital untuk pemerhatian.

Coroner Effingham County David Exley berkata punca kematian mereka masih belum ditentukan.

Exley berkata pihak berkuasa masih melakukan siasatan dan masih cuba menghubungi ibu kanak-kanak tersebut. -Time

Santa, bunuh, anak

Artikel Sebelum

Artikel Lain