suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aksi mesra Meghan, Kate tepis khabar angin mereka 'bermasam muka'

Meghan (kanan) memegang belakang badan Kate (dua dari kanan) ketika mereka jalan bersama di Sandringham. - home.with.harriet/Instagram

AKSI mesra Meghan Markle meletakkan tangan di belakang badan Kate Middleton pada sambutan Krismas telah menepis khabar angin bahawa mereka berdua bersengketa.

Isteri-isteri kerabat diraja Britain itu dirakam ketika menyertai ahli keluarga mereka yang lain untuk menyambut Krismas di Sandringham, Norfolk.

Sejak beberapa minggu lalu, mereka berdua digosipkan bertengkar.

ARTIKEL BERKAITAN: Meghan, Kate, William dan Harry sertai sambutan Krismas Diraja

Bekas pelakon Suits itu meletakkan tangannya di belakang Duchess of Cambridge dan kelihatan mereka turut bergurau senda.

Meghan dan Kate berbual mesra. - Getty Images

Puteri berusia 37 tahun itu dilihat mengenakan kot jenama Victoria Beckham dan kasut but yang dianggarkan bernilai £1,300 (RM6,891).

Meghan turut dirakam memegan lengan suaminya dengan erat.

Sementara itu, Kate pula menggayakan kot Catherine Walker bernilai £3,000 (RM15,904) dan 'Halo Band' merah kundang buatan Jane Taylor berharga £650 (RM3,445).

Orang ramai beratur dari awal pagi untuk menyaksikan keluarga diraja itu ketika mereka melangkah masuk ke gereja yang dibina pada abad ke-16 tersebut.

Khabar angin mengenai sengketa antara kedua-dua puteri berkenaan mula hangat diperkatakan pada bulan lalu selepas berita mengenai Harry dan Meghan ingin pindah keluar daripada kediaman yang turut didiami oleh Kate dan William. - Mirror UK

Meghan Markle, Kate Middleton

Artikel Lain