suria

Meghan, Kate, William dan Harry sertai sambutan Krismas Diraja

Meghan dirakam melemparkan senyuman kepada Kate walaupun khabar angin mengatakan mereka bersengketa. - Mirror UK

MEGHAN MARKLE ialah antara ahli keluarga diraja yang menyertai Ratu Elizabeth untuk merayakan sambutan Krismas.

Ini merupakan tahun kedua Duchess of Sussex itu meraikan bersama keluarga mertuanya, tetapi ia adalah tahun pertama Meghan sebagai kerabat diraja.

Sambutan bermula pada pukul 11 pagi ketika keluarga diraja tersebut menghadiri 'Christmas Morning Service' di Gereja Sandringham.

Kemudian, Ratu Elizabeth memberikan ucapan tahunan Hari Krismas, di mana dia bergurau tentang dirinya yang akan menjadi seorang nenek.

Ratu turut menyatakan bahawa acara keluarga seperti perkawinan dan kelahiran telah membuatkan dia sibuk pada tahun ini.

Ratusan peminat berkumpul di Queen's Sandringham untuk melihat Meghan yang hamil dan suaminya Putera Harry serta kerabat diraja yang lain. - Mirror UK

Meghan Markle

Artikel Lain