Nyaris maut, vape meletup dalam poket seluar - Dunia | mStar

Nyaris maut, vape meletup dalam poket seluar

Kecederaan yang dialami selepas poket seluar terbakar. Foto Will Johnston Photography/Leicester Mercury

SEORANG lelaki nyaris maut apabila rokok elektroniknya atau vape meletup di dalam poket seluarnya.

Oscar Khan mengalami lecur di kaki kanannya selepas seluarnya terbakar.

Mangsa yang berusia 46 tahun itu cuba memadamkan kebakaran sebelum isterinya bergegas membawanya ke bilik mandi dan mencurahkan air sejuk padanya.

Oscar yang berasal dari Belgrave, Leicester di United Kingdom itu berkongsi gambar-gambar kecederaan yang dialaminya, susulan insiden yang berlaku pada Ahad lalu.

Dia mungkin perlu menjalani rawatan kulit bagi memperbaiki kecederaan akibat melecur.

Bercakap kepada Leicestershire Live, Oscar berkata: "Ia dahsyat. Saya berada di rumah ketika itu dan secara tiba-tiba saya terdengar satu bunyi yang tak pernah saya dengar sebelum ini.

"Saya tengok ke bawah dan kaki saya terbakar. Saya cuba memadamkan kebakaran menggunakan tangan tetapi isteri kemudian bergegas membawa saya ke bilik mandi dan mencurahkan air ke kaki saya.

"Vape diletakkan di dalam pokok seluar. Saya tidak menggunakannya ketika itu.

Oscar mungkin perlu menjalani rawatan kulit akibat insiden yang dialaminya. Foto Will Johnston

"Saya fikir jika ia berlaku semasa di luar rumah, keadaan mungkin menjadi lebih buruk.

"Saya juga tak dapat bayangkan sekiranya ia berlaku semasa saya memegangnya atau meletakkannya pada mulut ketika itu.

Selepas dikejarkan ke Hospital Diraja leicester untuk mendapatkan rawatan, dia mendapati seorang pesakit lain mengalami insiden yang sama.

Persatuan Pencegahan Kemalangan Diraja memberikan nasihat berikut: "Pengecas yang tidak berkualiti atau yang palsu boleh menyebabkan rokok elektronik sebagai punca kebakaran di rumah.

"Hanya beli e-rokok daripada kedai yang berlesen, menggunakan pengecas yang betul untuk peranti itu, ikut arahan pengilang dan jangan mengecasnya tanpa pengawasan atau semalaman.

"Sebagaimana peranti elektrik lain seperti telefon bimbit dan komputer riba, e-rokok tidak boleh dicaj atau digunakan sekiranya sudah rosak - sel bateri yang rosak boleh menimbulkan risiko kimia dan kebakaran." - Mirror Online

vape , rokok elektronik , Oscar Khan

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain