Kate bawa Putera George, Puteri Charlotte cari hadiah Krismas di gedung diskaun - Dunia | mStar

Kate bawa Putera George, Puteri Charlotte cari hadiah Krismas di gedung diskaun

KATE MIDDLETON mengejutkan para pelanggan pada Ahad kerana mengunjungi The Range untuk membeli-belah pada saat akhir sempena sambutan Krismas.

Duchess of Cambridge (gambar), 36, muncul di gedung diskaun runcit yang terletak di King's Lynn, Norfolk bersama Putera George dan Puteri Charlotte.

Pelanggan di The Range berkata, mereka melihat kerabat diraja itu meninjau bahagian anak patung.

Seorang guru, Sarah Daniels berkata, dia nampak George berminat dengan 'slime' dinasor.

Kate membawa anak-anaknya untuk membeli hadiah di The Range. - Alamy Stock Photo

Guru berusi 43 tahun itu memberitahu Daily Mail: "Ketika saya melihat-lihat rak di situ, saya ternampak seorang wanita tinggi berambut gelap di hujung lorong dan saya macam pernah lihat dia."

Tambah Sarah, Charlotte duduk di atas lantai dan Kate yang memakai seluar jeans dan kasut but meminta anaknya bangun: "Bangun, sayang."

Kerabat diraja itu dikatakan bertukar-tukar hadiah Krismas sekadar suka-suka dan telah mencetuskan spekulasi bahawa Kate dan anak-anaknya mungkin menuju ke The Range untuk membeli-belah hadiah kecil-kecil (novelty). - Mirror UK

Kate Middleton

Artikel Berkaitan

Artikel Lain