suria

Raksasa mistik Loch Ness didakwa berjaya dirakam oleh kamera web penstriman langsung

Adakah Loch Ness sengaja muncul pada musim perayaan ini? - Channel 5

SEORANG wanita percaya bahawa dia telah melihat raksasa Loch Ness dalam rakaman yang diambil menggunakan sebuah kamera penstriman langsung.

Kelibat haiwan mistik Scotland muncul semula selepas Caroline Barnett, 42, melihatnya di internet.

Perunding perniagaan dari Farmborough, berhampiran Bath telah menonton kamera web Loch Ness pada pukul 10.20 pagi Rabu ketika dia menyedari ada sesuatu yang bergerak di dalam air.

Dia memberitahu Daily Record: "Ia turun dan naik berulang kali. Ia melakukan deburan di permukaan air.

"Saiznya agak besar seperti sebuah bot, tetapi sukar untuk mengenal pasti makhluk tersebut kerana ia adalah sisi lain Loch itu.

"Saya pernah ke Loch Ness beberapa tahun lalu, tetapi tak pernah nampak haiwan tersebut.

Kelibat Loch Ness yang didakwa dilihat oleh Barnett. - Mirror UK

"Saya tidak tahu sama ada saya mempercayai kewujudan haiwan mistik itu, tapi ini tentutnya hadiah Krismas dan agak mengejutkan.

"Saya merakam beberapa video tetapi telefon saya kehabisan bateri. Saya tidak tahu apakah ia, sukar dijelaskan."

Pakar telah menerima rakaman tersebut.

"Pada mulanya, dia menyangka ia adalah bot, tetapi objek itu nampak seperti seekor haiwan dan kemudian hilang di dalam air sebelum timbul semula.

"Warnanya hitam dan berada dekat dengan pesisir loch," kata kata jururekod Pendaftaran Rasmi Jelmaan Raksasa Loch Ness, Gary Campbell.

Kemunculan raksasa itu dikatakan sudah kali ke-13 dilihat pada tahun ini. - Mirror UK

Loch Ness

Artikel Lain