suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ahli politik Mexico terbunuh dalam nahas helikopter, 10 hari selepas pegang jawatan

Helikopter yang dinaiki Martha Alonso bersama suaminya yang terhempas. Foto Alejandro Mondragon

SEORANG ahli politik wanita terbunuh selepas helikopter yang dinaikinya terhempas di Mexico.

Nahas berlaku hanya 10 hari selepas beliau memegang jawatan itu.

Martha Erika Alonso, 45, menaiki helikopter bersama suaminya, yang merupakan bekas gabenor, Rafael Moreno Valle Rosas, pada Isnin.

Martha Erika Alonso.

Presiden Mexico, Andrés Manuel López Obrador, mengesahkan Alonso dan Valle maut dalam nahas itu, yang berlaku di Coronango, Puebla.

Alonso mula memegang jawatan sebagai gabenor Puebla pada 14 Disember lalu.

Beliau merupakan wanita pertama yang memegang jawatan tersebut, dan hanya tujuh gabenor wanita dalam sejarah Mexico. - Mirror Online

Artikel Lain