suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ratu Cantik Filipina dinobat Miss Universe 2018

MANILA: Wakil Filipina, Catriona Gray dinobat gelaran Miss Universe 2018.

Gray, 24, menerima mahkota Miss Universe 2018 daripada penyandang tahun lalu, Demi-Leigh Nel-Peters dari Afrika Selatan.

Majlis yang disertai wakil 91 negara seluruh dunia itu berlangsung di Impact Arena, Bangkok pada Isnin.

Dua lagi peserta yang mendapat tempat kedua dan ketiga adalah Ratu Cantik Afrika Selatan dan wakil Venezuela.

Pelawak, Steve Harvey dan supermodel, Ashley Graham adalah hos majlis berkenaan, manakala penyanyi Amerika Syarikat, Ne-Yo mengadakan persembahan.

Kemenangan Gray meletakkan dirinya sebagai wakil keempat Filipina yang memenangi gelaran itu dibelakang Pia Wurtzbach pada 2015, Margie Moran (1973) dan pada 1969 iaitu Gloria Diaz.

Gray, Filipina, Miss Universe

Artikel Lain