suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ulama Indonesia, KH Buchori dijemput Ilahi ketika sampaikan ceramah Maulidur Rasul

ULAMA Nahdlatul Ulama, KH Buchori Amin telah menghembuskan nafasnya yang terakhir ketika sedang berceramah sempena sambutan Maulidur Rasul.

Kejadian berlaku di Pondok AlIslahiyah Singosari, Malang di Jawa Timur.

Video detik ulama disegani ramai itu meninggal dunia pada Sabtu tular di media sosial.

"Sangat beruntung, sangat beruntung. Orang yang tidak pernah bertemu Nabi Muhammad saw tapi beriman dengan Baginda," demikian kata-kata akhir KH Buchori ketika hayatnya.

Sebaik mengucapkan kalimah itu, pemimpin badan agama di daerah Malang itu dilihat terjatuh ke belakang dan lesu di kerusi.

Malahan, mikrofon yang dipegangnya juga terjatuh ke lantai.

Penganjur program bertindak pantas membawanya ke klinik berhampiran, bagaimanapun doktor bertugas mengesahkan beliau telah meninggal dunia di lokasi majlis berkenaan.

Di Twitter, video detik KH Buchori meninggal dunia dilihat dimuat naik pemilik akaun @t4jk3y dan mendapat maklum balas pelbagai pihak.-TribunJakarta.com

KH Buchori, Nahdlatul Ulama

Artikel Sebelum

Artikel Lain