suria

Kecoh bila pejalan kaki perlu melencong, melompat di lintasan belang kompleks sukan

LUCU apabila tular video lintasan belang berhampiran Pintu 10, Kompleks Sukan Gelora Bung Karno (GBK) Jakarta Tengah yang membuatkan penduduk bandaraya itu keliru.

Rakaman itu menunjukkan seorang wanita yang melintas jalan menggunakan laluan itu tiba-tiba berhenti separuh jalan kerana adanya penghadang yang dihias tumbuhan setinggi kira-kira 40 sentimeter di tengah-tengah lintasan belang itu.

Wanita yang berpakaian sukan itu kemudiannya dengan gaya seolah-olah bersiap sedia untuk melompat melepasi penghadang jalan itu.

Menerusi video itu juga, terdengar suara lelaki yang secara berseloroh berkata:"Rekaan lintasan belang ini rasanya hanya untuk pejalan kaki yang gemar bersukan kerana perlu lompat untuk melintasinya.

Selain wanita itu, pejalan kaki lain juga terpaksa melakukan lencongan untuk melepasi penghalang sebelum melintasi laluan itu.

Video itu dimuat naik pemilik akaun Facebook Gusti Fauzi M Gafli dengan kapsyen: "Kepada pihak bertanggungjawab, mohon bantuan. Harap dapat menjadikan Kompleks GBK kemudahan sukan bertaraf dunia."

Sehingga Ahad, video itu telah ditonton 68,000 kali dengan lebih 1,300 perkongsian di Facebook.

Sementara itu, Pengarah Presiden Pusat Pengurusan Kompleks GBK, Winarto berkata, pihaknya akan menilai semula kemudahan itu.

Katanya, pihaknya mungkin akan mengalihkan laluan itu ke lokasi yang lebih sesuai dalam masa terdekat. -Jakarta Post

GBK, lintasan belang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain