suria

Wanita saman bekas kekasih kerana saiz zakar, mahu buat pembedahan

Seorang wanita di Zimbabwe mengambil tindakan undang-undang ke atas bekas teman lelakinya yang didakwa menyebabkan farajnya longgar. -Gambar hiasan Getty

SEORANG wanita bertindak menyaman bekas teman lelakinya, mendakwa zakarnya yang tidak normal membuatkan farajnya longgar.

Silindile Mangena, 29, dari Harare, Zimbabwe, mendakwa farajnya 'ketat' sebelum dia bertemu Mugove Kurima, yang kini merupakan bekas kekasihnya, pada 2016.

Kurima, 37, yang didakwa sudah berkahwin pada masa itu bagaimanapun jatuh cinta dengan Mangena.

Bagaimanapun, dia memberitahu Zimbabwe Mail bahawa dia telah mengakhiri hubungannya pada Mei selepas berdepan masalah tersebut.

Dia berkata bekas kekasihnya itu telah menyebabkan farajnya menjadi sangat longgar.

Bagaimanapun tidak dapat disahkan betapa besar saiz zakar teman lelakinya itu.

Dia kini ingin menjalani pembedahan rekonstruktif yang menelan belanja 150,000 Rand (£8,000) dan mengheret lelaki itu ke mahkamah dalam usaha mendapatkan wang untuk kos pembedahan tersebut.

Kurima masih belum memberi respons berhubung tuduhan itu. -MetroUK

saiz, zakar, saman

Artikel Lain