suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelik... lagi dalam 'kolam ikan' tanda makin kurus

MUNCUL satu trend yang dinamakan sebagai "cabaran ikan dalam tulang selangka" di mana wanita akan mengisi air pada lekukan tulang selangka mereka, dan kemudian meletakkan seekor ikan hidup atau lebih bagi menunjukkan sejauh mana kurus badan mereka.

Cabaran kecergasan pelik itu dimulakan di China kira-kira tiga tahun lalu, tetapi baru-baru ini tular di media sosial sehingga ke negara-negara lain di Asia.

Cabaran seumpama ini dikatakan menjadi popular di China sejak beberapa tahun lalu, apabila orang ramai mula menunjukkan fizikal mereka di media sosial.

Kedalaman lekukan tulang selangka itu bukan sahaja cara yang tidak bagus untuk mengukur tahap kecergasan mereka, tetapi juga tindakan kejam terhadap ikan.

Berapa banyak ikan yang malang itu akan terjatuh atau terkeluar dari lekukan tulang selangka itu, semata-mata untuk memuaskan hati mereka yang mementingkan diri sendiri ini? - odditycentral

ikan, kurus, tulang selangka

Artikel Lain