suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Berhenti kerja selepas mesej jengkel kepada bos tular

Gambar hiasan

KITA kadang-kadang terhantar mesej teks kepada orang yang salah dan hanya menyedarinya selepas menekan butang hantar.

Kesilapan itu mungkin disebabkan oleh tekanan, keletihan, tergesa-gesa, atau tersalah memilih nombor kenalan dari senarai yang disimpan.

Apa pun keadaannya, akibatnya boleh jadi buruk atau melucukan!

Inilah yang berlaku kepada Cory Hrobowski, 19, dari Chicago.

Hrobowski bekerja di meja depan syarikat reka bentuk web di Chicago sebelum balasan mesej teks yang mengerikan yang dihantar kepada bosnya memaksanya untuk berhenti kerja.

Segalanya bermula apabila Hrobowski menerima teks daripada nombor yang tidak dikenalinya yang dibaca: 'Saya akan buat anda datang pada jam 12 hari Jumaat' dan dia mengandaikannya ia datang secara rawak daripada seorang gadis kerana dia jarang menyimpan nombor di telefonnya.

Nada mesej itu menimbulkan rasa marah dalam dirinya dan dia membalasnya dengan agak kesat.

Hrobowski menjawab mesej yang tidak diketahui datang daripada bosnya itu dengan menulis: 'Seingat saya tak ada pula apa-apa jadual janji temu'.

Dia memberitahu BuzzFeed News bahawa dia pernah mempunyai pengalaman buruk dengan nombor yang tidak diketahuinya.

"Apabila saya dapat tahu ia dari bos saya, saya sebenarnya sangat gugup," katanya.

Walau bagaimanapun, Hrobowski masih berharap dapat menyelesaikan isu ini ketika dia pergi bekerja pada tengah hari Jumaat sehinggalah dia menerima mesej lain daripada bosnya yang ingin 'membincangkan syarat-syarat pekerjaannya'.

Hrobowski berkongsi kisahnya di Twitter dan untuk mendapatkan bantuan dan cukup mengejutkan apabila ia mengumpul lebih 85,000 'like'.

Syarikat itu telah bertemu dengan Hrobowski yang berkata: "Mereka minta untuk nama mereka tidak disebutkan kerana bimbang memberikan gambaran negatif."

Bagaimanapun, setelah keadaan menjadi kecoh, Hrobowski membuat keputusan untuk berhenti kerja pada Rabu.

"Saya sebenarnya meletak jawatan sebab keadaan kecoh di Twitter. Saya tak sepatutnya cepat buat tanggapan dan bertanya dulu 'siapakah ini?' apabila saya mendapat mesej dari nombor yang tidak diketahui," katanya.

mesej teks, bos

Artikel Lain