suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Makan ayam hidup-hidup, lelaki diburu

BAYANGKAN seekor ayam dijamah hidup-hidup! Itulah yang dilakukan dua lelaki dari Telangana, India ketika dalam keadaan mabuk.

Perbuatan meloyakan itu dirakam orang ramai sedang menanggalkan bulu ayam itu dan memakan ayam itu.

Rakaman kejadian melibatkan remaja dari Kesamudram di daerah Mahabubabad itu tersebar meluas di laman sosial.

Pada mulanya mereka membeli ayam untuk memasak kari sebelum mabuk akibat meminum minuman keras berlebihan.

Ketika dalam perjalanan pulang, kedua-duanya pengsan di tepi jalan dan sejurus sedar, salah seorang daripadanya yang kelaparan mula menanggalkan bulu ayam dan menggigit daging ayam itu dalam keadaan haiwan itu masih hidup.

Menerusi video itu, remaja berkenaan dengan rakus menggigit ayam berkenaan.

Susulan itu, polis daerah itu menubuhkan pasukan khas untuk mengesan kedua-dua lelaki berkenaan yang bertindak kejam terhadap haiwan berkenaan di tempat awam.-IndiaToday




Telangana, Mahabubabad

Artikel Lain