suria

Dilarang jumpa kekasih, pengasuh rendam anak bos dalam tong air

-foto Facebook/Humas Polres Serang

SAKIT hati kerana dilarang jumpa kekasih, seorang pengasuh membunuh budak berusia tiga tahun.

Sebelum kejadian, pengasuh tersebut yang hanya dikenali sebagai SN, 29, gagal menenangkan kanak-kanak berkenaan, RA, yang tidak mahu berhenti menangis.

"RA disuruh diam tapi tak mahu, kemudian dipukul, masih menangis, lalu dicelupkan dalam tong yang dipenuhi air," kata Ketua Polis Serang Indra Gunawan, Rabu, memetik Liputan6.

RA adalah anak perempuan kepada pasangan Roj dan Sut, yang tinggal di Desa Nambo, Serang, Indonesia.

Budak perempuan itu dipukul oleh pengasuhnya pada Selasa.

"Ketika dia dipukul, budak itu masih hidup. RA memasukkannya ke dalam tong dengan posisi kepala di bawah," kata Indra.

Setelah menenggelamkan RA, SN kemudian menutup tong tersebut.

Dia kemudian mengambil Rp100,000 milik majikannya dan terus menuju ke tengah sawah, tak jauh dari rumah majikannya.

Jiran pasangan itu bagaimanapun sempat melihat SN sekitar pukul 10 pagi.

Sementara itu ibu bapa mangsa pulang dari kerja sekitar pukul 6 petang. Tidak lama selepas tiba di rumah, mereka mendapati kanak-kanak itu berada dalam tong air dan pengasuhnya hilang.

Raungan mereka dapat didengari oleh jiran sekeliling yang kemudian pergi ke rumah mereka.

Selepas itu laporan polis dibuat dan kurang dari 24 jam, polis berjaya menangkap pengasuh terbabit pada awal pagi Rabu sekitar pukul 1 pagi.

Hasil pemeriksaan awal mendapati terdapat kesan lebam pada dagu, kepala, tangan dan kaki kanak-kanak tersebut.

SN yang baru bekerja sebulan mengaku menyesal kepada majikannya dan bertindak demikian kerana dilarang bertemu kekasihnya.

"Jadi, suspek sakit hati dan melepaskan kemarahannya kepada anak majikan," kata Indra.

Jika disabit bersalah dia berdepan hukuman mati. -Liputan6

pengasuh, bunuh, anak majikan

Artikel Lain