suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki buat seks ditempat terbuka ditahan polis

SINGAPURA: Seorang lelaki ditahan kerana terlibat melakukan perbuatan lucah di tempat awam pada Rabu lalu.

Polis berkata mereka menerima laporan polis berhubung pasangan kekasih yang melakukan hubungan seks di laluan pejalan kaki di Claymore Drive, dekat luar Orchard Towers pada 22 Julai lalu.

Suspek berusia 30 tahun.

Menerusi siasatan susulan dan rakaman CCTV, pegawai polis dari Balai Polis Tanglin telah mengenal pasti identiti lelaki tersebut.

Sesiapa yang didapati bersalah melakukan perbuatan lucah di tempat awam boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, denda atau kedua-duanya.

Video pasangan kekasih itu melakukan hubungan seks menjadi tular di media sosial.

Dalam satu video, beberapa pejalan kaki yang melalui kawasan itu dilihat menegur pasangan berkenaan. - The Straits Time/Asia News Network

seks, Orchard Towers

Artikel Lain