suria

Tak sengaja rakam detik lamar, pasangan misteri diburu!

Gambar yang dirakamkan ini cukup sempurna. Foto Twitter Col Stinson

LAMARAN merupakan saat indah dalam perhubungan, dan kenangan yang pasti tidak dapat dilupakan.

Bayangkan sekiranya ada yang merakamkan detik manis itu, sudah tentu ia lebih baik.

Bagaimana pula sekiranya orang yang tidak dikenali secara tidak sengaja merakamkan gambar yang cukup sempurna itu?

Begitulah yang berlaku kepada pemuda, Col Stinson semasa bercuti di Santorini, Greece.

Jurugambar yang dipercayai berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) memuat naik gambar lamaran pasangan yang tidak dikenali di Twitter.

Ketika kejadian, dia sedang menyaksikan pemandangan matahari terbenam di pulau Greece itu dan mengambil gambar, tanpa menyedari merakamkan detik istimewa sebuah pasangan.

Kini dia berharap pengguna Twitter dapat membantunya mengenali lelaki dan wanita di dalam gambar tersebut, bagi membolehkannya menghantarkan foto berkenaan.

Gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki memakai baju kemeja biru dan berseluar pendek sedang melutut di hadapan seorang wanita berambut gelap yang berpakaian gaun hitam sambil kedua-duanya memegang tangan. - Mirror Online UK

lamar, Santorini, Col Stinson

Artikel Lain