suria

“England, jangan malu” – Putera William

Putera William. Foto AFP

PUTERA William berkata, beliau berbangga dengan pasukan England kerana mereka telah "mencipta sejarah" di Piala Dunia 2018.

Pewaris takhta berkata demikian susulan kekalahan skuad kebangsaan di tangan Croatia pada perlawanan separuh akhir.

Duke of Cambridge yang juga presiden persatuan bola sepak (FA) England memuat naik status di Twitter: "Saya tahu betapa kecewa yang dirasai England sekarang, tetapi saya berbangga dengan pasukan ini dan anda tidak seharusnya berasa malu.

"Anda melakukan sesuatu yang luar biasa pada Piala Dunia, mencipta sejarah, dan membuatkan kami para penyokong sesuatu yang dipercayai.

"Kami tahu lebih banyak yang akan dicipta oleh pasukan England." 

England kecundang pada saingan separuh akhir menentang Croatia dengan 1-2. 

Ia sekali gus menyaksikan pasukan Croatia bertemu Perancis pada perlawanan akhir Piala Dunia 2018, Ahad ini. - Mail Online UK

Putera William, Piala Dunia 2018

Artikel Lain