Suami terima padah kongsi gambar bogel isteri dengan 'awek' - Dunia | mStar

Suami terima padah kongsi gambar bogel isteri dengan 'awek'

Gambar hiasan

SEORANG lelaki berusia 38 tahun dijatuhi hukuman enam bulan penjara dan denda Dh100,000 (RM109,604) diikuti dengan pengusiran kerana melanggar peraturan perkahwinan oleh Mahkamah Jenayah Ajman.

Menurut siasatan polis, tertuduh, seorang lelaki Arab, berkongsi gambar bogel isterinya melalui media sosial, WhatsApp dan IMO, selepas wanita itu mempertikaikan hubungannya dengan seorang wanita lain.

Tertuduh didakwa menghantar gambar isterinya dan mengutuknya menerusi mesej teks di media sosial.

Isterinya menerangkan di hadapan mahkamah bahawa suaminya mengancam untuk menyiarkan gambarnya di media sosial jika dia terus bercakap tentang hubungannya dengan teman wanitanya dan juga tabiatnya yang suka minum arak.

Dia mengugut isterinya supaya menerima hubungan terlarangnya dan menyuruh isterinya 'tutup mulut'.

Isterinya kemudian menyedari bahawa suaminya telah menghantar gambar bogelnya kepada teman wanitanya yang sudah berkahwin pada hari dia pulang lewat malam dalam keadaan mabuk.

Wanita itu melihat suaminya memegang telefonnya yang mana dia telah memasang kad sim baharu untuk menghubungi teman wanitanya.

Apabila suaminya memulangkan telefonnya, dia menjumpai perbualan mereka berdua, mengakui bahawa suaminya telah menghantar gambar bogel isterinya sendiri kepada wanita tersebut.

"Dia cuba menyerang saya secara fizikal ketika cuba merampas telefon, saya berjaya meninggalkan rumah bersama anak-anak dan menghubungi sepupu saya selepas bermalam di Corniche Street," kata isterinya.

Dia terus menyerahkan telefon kepada sepupunya yang cuba menghubungi tertuduh di rumahnya.

Tertuduh menghilangkan diri dan gagal bertindak balas terhadap perbicaraan mahkamah.

Mahkamah mengeluarkan keputusan itu tanpa kehadirannya. -khaleejtimes

gambar , bogel , kekasih

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain