16 askar terbunuh dalam pertempuran tawan semula pelabuhan minyak - Dunia | mStar

16 askar terbunuh dalam pertempuran tawan semula pelabuhan minyak

Gambar dari Reuters.

TRIPOLI: Seramai 16  askar di timur Libya terbunuh dan 20 lagi cedera dalam pertempuran yang tercetus pada Khamis ketika usaha untuk menawan semula dua pelabuhan minyak daripada kumpulan militan.

Sementara lebih 50 anggota militan turut terbunuh, kata sumber hospital di ibu negara Ajdabita, lapor agensi berita Xinhua.  

Ajdabiya terletak kurang 100 kilometer dari kawasan terdapatnya beberapa pelabuhan minyak utama.

Diketuai Jeneral Khalifa Haftar, tentera yang berpangkalan di timur atau Tentera Kebangsaan Libya (LNA) mengumumkan berjaya menawan semula pelabuhan minyak Ras Lanuf dan Es Sidra.

LNA pimpinan beliau menentang kerajaan yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Tripoli.

Kumpulan militan Benghazi melancarkan serangan ke atas kawasan minyak itu pada minggu lalu, mengakibatkan tercetus pertempuran dengan LNA.

Kejadian itu memaksa Perbadanan Minyak Negara (NOC) memindahkan semua pekerja dan menyebabkan kehilangan sebanyak 240,000 tong minyak selain bencana alam sekitar akibat kerosakan tangki minyak.

Sementara itu, Misi PBB di Libya mengecam serangan yang dianggap akan menyebabkan ekonomi Libya dalam keadaan bahaya dan berisiko mewujudkan konflik lebih besar. - Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Ingatkan hantu, rupa-rupanya...

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain