suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cemas! Kepala Budak Tersangkut Tempat Duduk Tandas

BUDAK lelaki berusia tiga tahun ini tidak menyangka akan berdepan saat cemas apabila kepalanya tersangkut pada tempat duduk tandas.

Kanak-kanak itu tidak berhenti menangis ketika dibantu anggota bomba untuk 'membebaskan' kepalanya.

Dalam kejadian di Nanjing, wilayah Jiangsu di timur China itu, datuk dan nenek budak berkenaan telah mendukung cucu mereka ke Balai Bomba Daerah Gulou untuk mendapatkan pertolongan.

Menggunakan kepakaran mereka, anggota bomba berjaya mengeluarkan tempat duduk tandas yang dibuat daripada plastik itu.

Menurut nenek kanak-kanak itu, cucunya yang nakal itu telah memasukkan kepalanya pada tempat duduk tandas khas untuk bayi.

Sebaik menyedari kepalanya tersangkut, budak itu terus menangis sebelum dibantu datuk dan neneknya.

Gulou, Jiangsu

Artikel Lain