suria

Ketua Polis Scotland Letak Jawatan

Phil Gormley. Foto PA

KETUA Polis Scotland, Konstabel Phil Gormley meletakkan jawatan berkuat kuasa serta-merta, kata Pihak Berkuasa Polis Scotland.

Pesuruhjaya Penyiasatan dan Pemeriksa bebas (Pirc) mengumumkan bahawa mereka menemui tuduhan kelima terhadapnya berhubung salah laku pada bulan lalu.

Gormley pada Rabu berkata: "Lapan bulan terakhir menjadi sukar bagi saya dan keluarga, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada isteri saya di atas cinta dan kesetiaannya.

"Pelbagai insiden berlaku sejak November 2017 telah membawa saya kepada kesimpulan bahawa mustahil untuk saya meneruskan tugas dengan bermakna sebelum berakhirnya kontrak saya.

"Saya kini perlu memberi keutamaan kepada kesihatan dan kesejahteraan keluarga saya di mana insiden-insiden telah memberi kesan yang banyak.

"Sokongan rakan sekerja dari seluruh United Kingdom sejak saya berkhidmat selama 32 tahun menjadi sumber kekuatan yang begitu hebat.

"Sebagai ketua polis polis Scotland, saya berpeluang untuk bertemu dan bekerja bersama beberapa individu yang luar biasa, saya berharap mereka baik-baik, dan ia adalah kepentingan mereka, saya rasa adalah tepat untuk berundur."

Pemerhati Pihak Berkuasa Polis Scotland (SPA) merujuk kepada satu aduan kepada penyiasat, dengan Pesuruhjaya, Kate Frame mengesahkan bahawa beliau menganggap sekiranya tuduhan itu dibuktikan ia akan menjadi salah laku yang melampau. - Mail Online

Phil Gormley

Artikel Berikut

Artikel Lain