Kenapa Pemuda Ini Bengang Lihat Papan Seterika, Rak Penyangkut Baju? - Dunia | mStar

Kenapa Pemuda Ini Bengang Lihat Papan Seterika, Rak Penyangkut Baju?

PENGUNJUNG sebuah premis kurang selesa apabila papan seterika dan tempat penyangkut baju dipamerkan sebagai barangan yang dijual sempena Hari Memperingati Kekasih minggu depan.

Penuntut Universiti Bangor, Elliott Caines sedang meninjau sekitar kedai itu apabila terlihat barangan yang dianggap tidak sesuai sebagai hadiah sempena hari berkenaan.

Menggunakan kameranya, pelajar berusia 20 tahun itu mengambil visual barangan yang sepatutnya dihadiahkan pada hari istimewa untuk menghargai insan disayangi seperti coklat dan mainan yang boleh dipeluk seperti teddy bear.

Caines kemudiannya memuat naik klip visual itu menerusi akaun Twitternya dan turut memaklumkan pengusaha pasaraya itu dengan catatan, "seksis sangat".

Pengusaha premis di utara Wales itu menjelaskan pihaknya tidak pasti bagaimana produk itu dipamerkan di bahagian berkenaan.

Pemuda itu juga memberitahu Mirror Online: "Sejujurnya tidak ramai pengunjung premis itu yang sedar kewujudan barangan berkenaan kerana kedudukannya yang akan tersorok.

"Saya anggap agak kelakar apabila item seperti itu dijadikan antara barangan untuk hari untuk orang yang kita sayang."



Bangor , Wales

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

Artikel Lain