suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Stor Mercun Terbakar, 17 Maut

SEKURANG-KURANGNYA 17 maut, manakala dua lagi cedera dalam kebakaran stor mercun di kawasan perindustrian Bawana, dekat Delhi petang Sabtu.

Setakat ini, kerajaan India telah mengarahkan siasatan terperinci dilaksanakan berhubung kejadian itu.

Kebakaran yang bermula di aras bawah stor dalam bangunan dua tingkat itu telah mengakibatkan struktur binaannya musnah.

Mangsa yang terkorban dalam kejadian pada pukul 6.20 petang itu melibatkan 10 wanita dan tujuh lelaki.

Kebanyakkannya maut akibat sesak nafas atau rentung kerana terperangkap dalam kejadian itu.

Perkhidmatan Bomba Delhi yang mengawal kebakaran telah menemui satu mayat di aras bawah tanah, tiga di lantai bawah, manakala 13 lagi di tingkat pertama bangunan itu.

"Sepasang mangsa yang cedera itu termasuk seorang yang patah kaki selepas terjun dari aras dua bangunan untuk menyelamatkan diri," kata pegawai bomba, Mishra.

Api yang marak telah dapat dikawal pada pukul 9.20 malam, bagaimanapun operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

"Operasi masih dijalankan kerana kami tidak tahu berapa ramai ada dalam bangunan itu ketika bangunan itu mula terbakar," katanya.

Bawana, mercun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain