suria

Budak Lelaki 'Ganggu' Operasi Kereta Api Laju Jepun

OSAKA: Seorang budak lelaki dikesan berjalan sepanjang landasan kereta api laluan Sanyo shinkansen di barat Jepun pada Sabtu.

Tindakan kanak-kanak sekolah rendah itu mengakibatkan perkhidmatan kereta api laju itu tergendala.

West Japan Railway Co berkata, pekerja stesen kereta api laju itu ternampak kelibat seseorang memasuki kawasan landasan di Stesen Okayama kira-kira pukul 4.40 petang.

Bagaimanapun, kira-kira 70 minit kemudian, budak lelaki yang telah berjalan sejauh empat kilometer itu telah dibawa ke tempat selamat.

Susulan kejadian itu, JR West telah menangguhkan operasi perkhidmatan kereta api lanjut antara Shin-Osaka dan Higashi-Hiroshima hingga mengakibatkan kelewatan sehingga 90 minit.-JapanToday


JR West, Okayama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain