suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Menyamar Kekasih George Michael Minta Wang

Fadi Fawaz. Foto Phil Harris/Daily Mirror

SEORANG lelaki menyamar sebagai kekasih 'gay' kepada mendiang penyanyi George Michael, Fadi Fawaz dan meminta wang daripada pengikutnya secara dalam talian.

Penipu itu menyiarkan gambar Instagram yang menunjukkan George memeluknya dari belakang dengan keterangan 'trauma beremosi' dan 'selamanya dalam hatiku'.

Fadi menemui akaun palsu fadi.fawaz1 apabila ia mula meminta wang daripada pengikutnya.

Menurut Fadi: "Lelaki ini berpura-pura menjadi saya dan meminta  wang daripada orang ramai. Harap maklum."

Sumber berkata: "Ini telah membuatkan Fadi berang dan dia telah meminta Instagram supaya menutup akaun tersebut.

"Dia tidak percaya seseorang mempunyai keberanian untuk melakukan perkara itu."

Fadi, 44, memberitahu dia masih sedih di atas pemergian George, 53, pada Hari Krimas 2016. - Mirror

George Michael, Fadi Fawaz

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain