suria

Lelaki Buang Anak Dirakam CCTV

Rakaman CCTV menunjukkan seorang lelaki membuang anaknya di tempat pembuangan sampah. Foto Yuman Daily

SEORANG bapa tidak berhati perut apabila dikesan membuang anak perempuannya di tempat pembuangan sampah di China.

Lelaki itu mendakwa anaknya hampir tidak bernyawa.

Tindakan lelaki berkenaan dirakamkan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan dia meletakkan bayi itu ke dalam beg kertas dan kemudian meninggalkannya dalam timbunan sampah.

Bayi perempuan itu dilahirkan di rumah dua jam sebelum itu dan masih mempunyai tali pusat.

Menurut polis, ibu bapa kepada bayi malang berkenaan memutuskan untuk membuangnya ketika suhu sejuk 10 darjah Celsius.

Tambah polis, pasangan itu ingat anak mereka akan mati.

Bagaimanapun bayi tersebut diselamatkan oleh seorang wanita. 

Ketika disiasat, suspek memberitahu bahawa teman wanitanya mengandung lapan bulan mengadu sakit perut dan kemudian melahirkan anak di ruang tamu rumah mereka di Xuanwei, China.

Polis memberitahu, daripada membawa kanak-kanak itu ke hospital selepas dilahirkan, lelaki itu memutuskan untuk meletakkannya di atas katil dan kemudian menjaga teman wanitanya.

Namun selepas dua jam kemudian, bayi itu kelihatan kebiruan dan memikirkannya akan mati sebelum bertindak membuangnya. - Mirror

buang anak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain