suria

Lelaki Dakwa Monyet Curi Telefon, Kemudian Jawab Panggilan Video

-foto Thairath

DUA lelaki dari Thailand mendakwa seekor monyet nakal yang berkeliaran di Bukit Sam Muk di Chonburi telah mencuri telefon bimbit salah seorang daripada mereka sebelum menghantar gambar 'lambaian' dan menjawab panggilan video di Facebook Messenger pada Jumaat.

Dalam 'pertemuan' dengan monyet-monyet di kawasan itu yang disifatkan paling sukar dipercayai, Mongkol Wisulokanon, 25, mendakwa dia sedang bergambar dengan rakannya, Met, sebelum diserang kira-kira lima ekor monyet liar yang menghampiri motosikal mereka dan mencuri barangan di dalam bakul, termasuk telefon bimbit Met.

Kedua-dua mereka cuba mengejar monyet tersebut tetapi tidak berjaya.

Wisulokanon dalam satu posting di Facebook yang tular berkata: "Jadi saya menelefon telefon Met. Mungkin jika telefon itu bergetar, ia akan dilepaskan. Tetapi tidak, malah monyet-monyet itu berlari lebih jauh lagi! Jadi saya melakukan sesuatu yang bodoh, saya mula buat panggilan video! Dan, monyet itu menjawab panggilan."

Paparan skrin yang didakwa menunjukkan monyet yang mencuri telefon menjawab panggilan video. -fotoFB Mongkol Wisulokanon

Dia turut memuat naik paparan skrin menunjukkan wajah berbulu yang didakwa monyet yang telah menjawab panggilan telefonnya.

"Kemudian telefon diletak dan gambar tangan melambai dihantar kepada kami di Facebook. Bodoh punya monyet!"

Mereka kemudian membalasnya dengan mengantar gambar lambaian yang serupa.

-fotoFB Mongkol Wisulokanon

Bagaimanapun, Met tidak mendapat semula telefonnya, tetapi Wisulokanon mengakhiri posting tular itu dengan menggambarkan perasaan lucunya terhadap apa yang berlaku.

"Jika anda menelefon Met dan seseorang mennjawabnya, itu bukan orang, itu adalah monyet. Haha."

Lelaki itu kemudian mengesahkan cerita itu dengan pemberita.

"Jika monyet itu menginginkan telefon itu, biarlah. Saya tidak marah," katanya kepada Thairath.

"Saya hanya ingin berpesan kepada orang ramai supaya berhati-hati ketika mereka berada di kawasan itu, monyet lebih pantas daripada pencuri."

Orang awam yang sering berkunjung ke kawasan-kawasan yang dipenuhi monyet di Thailand tahu bahawa haiwan itu sering mencuri makanan dari tangan pengunjung dan juga menyerang, tetapi kes telefon bimbit dicuri untuk bermain Facebook belum pernah didengari.

monyet, curi telefon, panggilan video

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain