suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 Cedera Bangunan Runtuh Di Antwerp

Beberapa bangunan musnah akibat letupan di Antwerp, Belgium. Foto Reuters

RUNTUHAN beberapa bangunan akibat letupan di Antwerp, Belgium pada malam Isnin mengakibatkan sehingga 20 orang cedera.

Letupan itu berlaku di Paardenmarkt, dekat Universiti Antwerp.

Punca kejadian masih belum dipastikan, tetapi pihak polis memberitahu ia tidak mempunyai kaitan dengan keganasan.

Polis di Antwerp mengeluarkan kenyataan di Twitter bahawa antara 10 dan 20 mangsa dan terdapat empat orang yang dikeluarkan di sebalik runtuhan.

Polis kemudian memberitahu bahawa tiga lagi mangsa termasuk seorang kanak-kanak yang terperangkap turut diselamatkan.

Sebuah restoran piza antara premis di beberapa bangunan yang runtuh, manakala di atasnya adalah apartment.

Sekurang-kurangnya tiga bangunan musnah.

Laporan awal menyebut bahawa letupan gas menyebabkan kejadian. - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Lain