suria

Kecoh Kisah Trump Obses Gorila

MENGEJUTKAN apabila Donald Trump yang disifatkan antara pemimpin paling berkuasa di dunia bertanggapan adanya saluran televisyen yang menayangkan bahan berasaskan gorilla sepanjang 24 jam.

Umpama seorang yang obses terhadap haiwan itu, Presiden Amerika Syarikat (AS) itu juga mengadu kepada pegawainya di Rumah Putih kerana gagal mencari saluran berkenaan.

Bagi memenuhi permintaan dan minat Trump, kakitangannya itu telah mengkompilasikan beberapa dokumentari berkaitan gorila dan mewujudkan menara transmisi untuk saluran berkenaan.

“Ada harinya dia akan menonton saluran gorilla itu selama 17 jam tanpa henti,” demikian dedah ‘orang dalam’ Rumah Putih.

Gelagat Trump ini didedahkan dalam buku Micheal Wolff berkaitan insiden di belakang tabir sekitar Rumah Putih yang dilancarkan baru-baru ini.

Susulan itu juga, akaun twitter popular, @pixelatedboat memutuskan untuk menggunakan peluang ini untuk mempromosikan buku berkenaan.

“Wow, sebahagian intipati buku Wolff mendedahkan sesuatu yang mengejutkan berkaitan apa yang difikirkan Trump,” kata tweet itu.

Tweet itu dengan pantas tular, malahan ada yang terpengaruh dan mempercayainya.

Pelbagai komen netizen diterima dan bagi mengelak keadaan tidak terkawal,  @pixellatedboat memutuskan untuk menukar nama twitternya kepada “perkara berkaitan saluran gorila itu sekadar jenaka”.

Bagaimanapun tindakan itu sudah terlambat kerana ada pihak yang mengambil peluang untuk menggunakannya untuk tujuan penjenamaan di media sosial.

Netflix telah tweet: “tolong jangan hubungi talian khidmat pelanggan kami untuk bertanya sama ada kami ada Saluran Gorila itu." - mirror.uk

Trump, gorila

Artikel Sebelum

Ryan Giggs Permurah

Artikel Berikut

Artikel Lain