suria

Protes 11 Putera Arab Saudi Bawa Padah

Polis berkuasa keselamatan memantau bantahan yang dilakukan sekumpulan 11 putera diraja Arab Saudi pada Sabtu.

RIYADH: Sebelas putera diraja ditahan selepas berkumpul di istana di sini kerana membantah langkah jimat cermat termasuk menggantung bayaran bil utiliti mereka, lapor media Saudi pada Sabtu.

Pihak berkuasa Saudi tidak memberi maklum balas segera terhadap permintaan supaya memberi komen berhubung laporan itu.

Arab Saudi yang juga pengeksport minyak utama dunia telah mengarahkan perubahan diperkenalkan termasuk memotong subsidi, memperkenalkan cukai tambah nilai (VAT) dan mengurangkan keistimewaan kepada anggota kerabat diraja susulan penurunan harga minyak mentah yang dianggarkan 195 bilion riyal pada 2018.

Laman web dalam talian, Sabq.org berkata, kumpulan putera diraja itu berkumpul di istana bersejarah, Qasr a-Hokm menuntut pembatalan dekri diraja yang memberhentikan bayaran bil air dan elektrik keluarga diraja.

Kumpulan itu juga menuntut pampasan susulan hukuman mati terhadap anggota kerabat diraja itu, lapor Sabq.com.

"Mereka dimaklumkan berlaku kesilapan dalam tuntutan itu, bagaimanapun masih enggan meninggalkan istana berkenaan.

"Susulan itu, perintah diraja dikeluarkan kepaa pengawal draja untuk campur tangan dan menahan mereka sebelum ditempatkan di penjara al-Hayer sebagai persediaan untuk dihadapkan ke mahkamah."

Bagaimanapun, tiada maklumat terperinci berkaitan identiti putera diraja itu, tetapi kumpulan itu diketuai seorang anggota kerabat diraja yang dikenali S.A.S.- Reuters

Arab Saudi, utiliti

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain