suria

Lagi Foto Yingluck Tersiar Di London

Foto yang kononnya menunjukkan Yingluck membeli-belah di London. Facebook/ NEWTV18

BANGKOK: Beberapa lagi foto tersebar yang menunjukkan seorang wanita  dikatakan bekas Perdana Menteri Thai Yingluck Shinawatra yang ‘menghilang diri' sedang bersiar-siar di sebuah pusat beli-belah yang tidak dinyatakan di London.

Gambar-gambar itu yang tersiar di sebuah Facebook akaun @secret100million juga menunjukkan  “Yingluck” ditemani budak lelaki belasan tahun, dikatakan anaknya, Supasek Amornchat, 15.

Jurucakap National Council of Peace and Order (NCPO) Maj Jen Piyapong Klinpan telah meminta  agensi-agensi berkaitan menyiasat foto yang dikaitkan dengan Yingluck di London itu.

Jika itu sebenarnya  gambar Yingluck, maka ia merupakan imej pertama bekas perdana menteri itu sejak beliau meninggalkan Thailand pada Ogos sejurus sebelum Mahkamah Tertinggi membuat keputusan  penting  berhubung kes kecuaiannya.

Sejak menghilang diri beliau belum membuat sebarang kenyataan umum.

Berikutan ketidakhadirannya di mahkamah, Mahkamah Tertinggi telah  menangguhkan keputusannya, tetapi dalam penghakiman Sept bekas perdana menteri itu dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana kecuaian dalam skim ikrar beras semasa pentadbirannya yang kerajaan pimpinan tentera dakwa telah menyebabkan negara menanggung kerugian berbilion dolar menerusi rasuah.

Ekoran siasatan pelbagai agensi selepas kehilangannya, kerajaan mengesahkan bahawa Yingluck telah melarikan diri ke Dubai di mana abangnya, Thaksin, juga bekas perdana menteri Thai memiliki sebuahrumah.

Bagaimanapun, pengesahan itu tidak melenyapkan spekulasi yang mengatakan destinasi sebenar  Yingluck ialah United  Kingdom di mana beliau dikatakan sedang berusaha mendapatkan suaka politik. - Bernama

Yingluck Shinawatra

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Lelaki Tikam, Ragut Beg Isteri