suria

Nenek ‘Muka Cair’ Tolak Pembedahan

SEORANG nenek 'berwajah cair' menolak untuk dibedah bagi memperbaiki keadaan dirinya.

Wiang Boonmee, 63, mengalami perkembangan tidak normal di mukanya ketika dia masih kecil.

Pertumbuhan yang merebak di seluruh mukanya menyebabkan dia buta dan menjadikan hidung dan mulutnya tiada bentuk.

Selepas beberapa dekad, pertumbuhan tersebut dapat dilihat tergantung di mukanya, seolah-olah kulit mukanya cair.

Dia baru-baru ini berpindah dari rumahnya di daerah pedalaman wilayah Surin ke Bangkok di mana dia mencari rezeki dengan menjual aksesori di tepi jalan.

Keadaan ibu dengan seorang anak itu mendapat perhatian minggu lalu apabila doktor dihubungi untuk memberi bantuan kepadanya.

Tetapi walaupun keadaannya yang teruk, dipercayai mempunyai kaitan dengan neurofibromatosis, Boonmee menolak bantuan kerana bimbang pembedahan itu membawa maut.

Boonmee yang juga mempunyai dua cucu berkata:"Saya dah lama tanggung masalah ini. Saya sendiri tak dapat ingat sejak bila. Saya mampu bertahan, sihat dan mempunyai pekerjaan.

"Jika dibedah, saya mungkin tak bangun lagi. Saya takut ia tak selamat. Anak perempuan saya bawa saya ke sini supaya saya dapat menjual bunga dan minyak camphor. Saya gembira dan seseorang telah memberi saya sumbangan minggu ini."

Praew Wattana, 22, orang pertama yang menghubungi pekerja kesihatan untuk meminta bantuan untuk Boonmee berkata dia telah melihat wanita itu beberapa minggu lalu dan bertanya tentang dirinya.

Wattana (kanan) orang pertama menghubungi pekerja kesihatan.

"Saya nampak seorang nenek menjual barang di tepi jalan di depan bank. Saya rasa kasihan kerana dia tidak dapat melihat dan saya fikir dia sedang menderita.

"Saya yakin hidupnya susah tetapi dia masih bekerja keras. Dia tidak mengemis. Dia menjual bunga dan benda-benda kecil lain. Saya benar-benar mahu dia menerima bantuan."

Presiden Universiti Rangsit, Dr. Sunura Ourairat telah melawat Boonmee di pada Jumaat untuk menawarkan bantuan perubatan.

Dr Sunura Qurairat melawat Wiang minggu ini untuk menawarkan bantuannya mengubati mukanya.

"Saya telah meminta bantuan dari Kementerian Kesihatan Awam dan meminta beberapa doktor melawat nenek ini. Dia buta dan berasal dari rantau timur laut.

"Kami bersedia untuk membantu melakukan pembedahan tetapi dia bimbang ia tak selamat. Kami akan cuba lihat apa yang boleh kami bantu."

Neurofibromatosis adalah keadaan genetik yang sering bermula pada zaman kanak-kanak dan menyebabkan tumor tumbuh jinak pada tisu saraf.

Tahap keterukannya berbeza antara pesakit dan dalam dunia maju rawatan pada peringkat awal paling kerap dibuat dengan cara pembedahan.

Muka Nenek cair

Artikel Sebelum

Lelaki Tikam, Ragut Beg Isteri

Artikel Berikut

Artikel Lain