suria

DNA Tentukan Pemenang Loteri AS$1 Juta

-fotoPixabay

UJIAN DNA akan menentukan nasib hadiah pemenang loteri bernilai hampir AS$1 juta selepas seorang guru Thai mendakwa dia tiketnya kemenangannya hilang dan hadiah itu kemudiannya dituntut oleh seorang bekas polis.

Satu kontroversi berlaku selepas guru berusia 50 tahun itu, Preecha Kraikruan memfailkan aduan bahawa dia telah hilang lima tiket loteri cabutan bulan lalu.

Pihak berkuasa mendapati hadiah 30 juta baht (AS$920,000) itu telah dituntut oleh anggota polis bersara, Charoon Wimon, 62, di wilayah Kanchanaburi barat.

Dengan kedua-dua pihak mendakwa wang tunai itu adalah hak mereka, polis forensik kini membuat siasatan untuk menentukan cap jari yang sepadan pada tiket.

"Tiada seorang pun yang didakwa dalam kes ini kerana kita perlu menunggu keputusan ujian DNA," kata Timbalan Komander Polis Wilayah Kanchanaburi, Krissana Sapdet, kepada AFP.

Seorang pegawai forensik di jabatan keadilan berkata keputusannya dijangka diperolehi bulan depan.

Loteri yang dikendalikan oleh kerajaan itu, yang dicabut dua kali sebulan, mencetuskan fenomena dalam sebuah kerajaan di mana hampir semua bentuk perjudian lain diharamkan.

DNA, loteri

Artikel Sebelum

Nepal Larang Pendaki Solo

Artikel Berikut

Artikel Lain